Pages

20.5.10

Calon Istri Solehah

Al kisah seorang wanita yang memang datang dengan membawa hati yang tulus yang menyentuh hati saya, dan mudah-mudahan dia selalu di samping saya sampai akhir jaman yang memisahkan

Isteri yang solehah adalah isteri mau menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan berbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai teman hidup.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

  • Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
  • Bersikap malu terhadap suami.
  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  • Sentiasa menghormati keluarga suami .
  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  • Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

    Dia yang selalu membantu di dalam rumitnya menjalani usaha, menjadi terasa mudahhhh...
    dan saya yakin semua yang ada di atas pasti bisa di laksanakan Oleh calon istri ku,,,(Trias Anggi Fadilla). Teruslah berada di samping ku dan selalu menemaniku di dalam susah maupun senang.

0 komentar

Posting Komentar